Di antara budaya yang ada sekarang ialah semua kerja rumah di serahkan kepada pembantu rumah, sehingga anak kita yang sudah pun berumr 10tahun tidak pandai nak bawa pingannya kedapur dan mengharapkan orang lain menyelesaikan kerjanya….ini adalah satu masalah besar…Anak kita tak pandai urus diri mereka lagii pada usia ini.
Bagi ibu bapa yang masih muda…pesanan saya
Ajal maut di tangan tuhan.Kematian boleh berlaku bila2 masa.Inilah di antara faktor yang mendorong saya membuat atau memberi yg terbaik kepada anak-anak dan anak2 didik saya.Seboleh-bolehnya anak kita sudah dapat cakap apa yang dia mahu.
Nak makan kah?….nak coklat…demam..lapar….nak minum air…nk salin pampers…dll boleh dinyatakan dengan tak banyak masalah org tuanya nak meneka.
In sya Allah dalam 11/2 tahun anak ini dah boleh minta makan nasi
Dan juga boleh dapatkan sendiri apa yang diperlukan tanpa terlalu bergantung kpd oranag lain.
BAGAIMANA CARANYA YA?
Kalau kita perhatikan anak berumur satu tahun…mereka ini dah mula nak bercakap dan nak berjalan .Munkin bercakap pelat lagi dan berjalan pun belum tegap betul
Tipsnya diantaranya:
1.Ketika anak kita sedang merangkak..beri dia aktiviti yang menggalakkan lagi dia merangkak seperti kejar bola …pergi ambil mainan yg dia suka …letakkan toy yang digemarinya tu jauh sikit..cukup untuk anak kita mencuba…tapi janganla jauh sangat sampai anak rasa terseksa pula.
2.Kalau ada tangga dirumah ,anak akan teruja utuk cuba naik tangga.Persoalanya
Apakah boleh kita benarkan anak kecil yang belum boleh berjalan ni naik tangga?🤔🤔
Bagi saya tiada halangan untuk membenarkan anak itu meneruskan penerokaannya dengan syarat kita ada bersama, sentiasa mengawasai langkah2 percubaanya. keselamatannya terjamin.
3..Anak ini sudah boleh belajar buka tutup switch lampu dengan pertolongan mak ayahnya.
4.Anak dalam usia ini juga dah boleh main bola…sambut dan sepak bola.Pastikan dirumah kita ada pelbagai jenis bola yang boleh di selidiki sifatnya oleh saintis muda ini.
5 Kemahuan anak untuk makan dan suap nasi sendiri semakin menonjol.Anak akn lebih selera kalau dia dapat pegang dan buat uji kaji tentang nasi dan makanannya…akibatnya ruang makan akn berselerak…saya w/pun tak syorkan buat begini dirumah orang atau majlis2…ha..ha…Ada hadnya juga ya.
Dalam melaksanakan tips 1-5 itu , kita sebagai ibu bapa kepada anak kita yang lelaki atau perempuan,hendaklah mengiringi perbuatan itu dengan perbualan-perbualan tentang apa sedang berlaku…masukkan elemen suspen,gurauan,sambil menyebut nama benda..atau situasi…
Contohnya
“Abdullah nak tutup lampu….”
” Abdullah lapar ya…nak makan nasi…?
sambil bawa dia ke meja makan… mimik muka kita menunjukkan lapar…tangan pegang2 perut kita…
Jadi dengan cara ini anak-anak akan faham bagaimana nak ekspresi dirinya nanti apabila dia boleh bercakap.
Anak-anak yang dilatih untuk berdikari adalah lebih yakin dan ini akan dapat membantu dalam pembelajaran mereka nanti.
# @News