10 Cara Galakkan Anak Bercakap

10 Cara Galakkan Anak Bercakap

1. Anak bercakap, kita boleh stimulate sepanjang masa. Bukannya apabila dia sudah berumur 1 tahun atau 2 tahun. Tapi, memang sejak dia lahir, kita perlu biasakan diri untuk bercakap dengan dia. Jadi, kerja kita setiap hari adalah bercakap kerana anak-anak memerlukan foundation untuk bercakap jauh lebih awal dari waktu sepatutnya dia bercakap seperti sewaktu memakai baju, menukar pampers, mandi, minum susu dan semuanya.

2. Kurangkan penggunaan ipad, gadget, tv dan sebaliknya. Aktifkan perbualan dua hala antara kita dan anak. Hal ini sememangnya memerlukan perjuangan. Gantikan dengan suatu yang lebih menarik buat anak. Hal ini kerana gadget mengurangkan interaksi dua hala.

3. Banyakkan membuat projek atau aktiviti dengan anak. Jika umur sudah menjangkau 1 tahun, dah boleh buat eksperimen volcano. Ha! Apabila kita membuat projek, ia akan menggalakkan semangat ingin tahu anak-anak dan menggalakkan rasa hendak berkomunikasi dalam diri mereka kerana mereka cenderung untuk suarakan pendapat dan lain lain.

4. Terlibat sama dalam bermain role play: main masak-masak, jual-jual dan apa sahaja. Kita boleh mengenali watak anak semasa bermain. Pelbagaikan suara dan intonasi serta buat kelakar sekali sekala.

5. Libatkan mereka dangan aktiviti harian. Contohnya, kacau telur, sapu butter di roti, masukkan baju dalam mesin basuh, menyidai pakaian, sapu sampah , siram pokok, lipat baju. Semasa melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, kita bercakap dengan mereka, minta idea mereka dan pelbagaikan intonasi serta wujudkan keseronokan. Maksudnya, kita kena sentiasa bercakap dengan mereka sepanjang masa. Dengan ini, anak-anak akan merasai keperluan dan keseronokan communicate.

6. Bina suasana yang memberi rangsangan kepada mereka untuk bercakap. Permainan-permainan yang mereka ada, kita main sama-sama, bagi idea, tanya mereka. Elakkan bercakap sepatah dua kata sahaja, tapi wujudkan rasa semangat semasa bercakap dengan mereka.

7. Ulangan. Perkataan-perkataan harian boleh diulang banyak kali. Contohnya, mama, abah, mandi , makan, tidur, doa, solat. Jadi, mereka nampak perbuatan dan sebutan tersebut secara serentak dan berulang kali.

8. Ubah habit ibu ayah yang banyak menggunakan gadget. Perkara ini terpaksa saya tulis demi anak-anak kita. Apabila kita seronok berkomunikasi di alam maya, kita tidak dapat mewujudkan masa dan cinta untuk banyak bercakap dengan anak kita. Itulah pengorbanan. Demi masa depan anak-anak.

9. Tapi, kalau kami memang orangnya jenis tak banyak bercakap? Tidak mengapa. Demi anak kita, kita banyakkanlah bercakap.

10. Berjuang untuk menggunakan bahasa yang baik, bukan marah, herdik, menghina, mencaci. Semua ini lebih mudah apabila kita tenang dan sabar.

11. Jadikanlah semua perkara di atas sebagai rutin.

InsyaAllah kita sama-sama doakan ya. Setiap dari kita pasti ada ujiiannya masing-masing dalam mendidik anak ini.

 

Melalui artikel di atas, jelaslah bahawa anak-anak mempunyai potensi yang luas dalam bertutur pada peringkat awal. Ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan utama dalam proses perkembangan bahasa anak-anak.

Oleh itu, marilah beramai-ramai sertai bengkel khas yang dianjurkan oleh NLI Education, iaitu bengkel ‘Helping Your Child to Talk’ yang akan diadakan pada 18 Ogos 2018 yang bertempat di NLI Training Room, Seksyen 7, Bangi.

Pelbagai tips istimewa akan dikongsikan oleh speaker, iaitu Aisyah Kassim yang merupakan pakar patologis pertuturan bahasa dan banyak menjalankan perkhidmatan terapi individu dan kumpulan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan.

Maklumat Acara

📌 Bengkel: Helping Your Child To Talk
📌 Tarikh: 18 Ogos 2018/ Sabtu
📌 Masa: 9:30 pagi – 12:30 tengah hari
📌 Yuran : RM 70.00 seorang
📌 Yuran Nursery RM 20 seorang (bagi 2 tahun dan keatas)
📌 Tempat: Training Room, NLI Education Sdn Bhd, Seksyen 7, Bangi.

Untuk mendaftar, sila klik link ini : http://bit.ly/helpingyourchildtotalk

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Cik Nadhrah: http://www.wasap.my/6011-56671603

# @News
CategoriesUncategorized