AWAS! Anak kita belajar dari Alam Kehidupan Mereka Sendiri, Bagaimana ya?

AWAS! Anak kita belajar dari Alam Kehidupan Mereka Sendiri, Bagaimana ya?

1. Sekiranya kita sering memberi perhatian semasa anak kita bercakap, anak akan belajar budaya bercakap sopan. Orang bercakap, kita mendengar dan cuba faham.

 

2. Sekiranya mereka selalu digesa-gesakan, paksa buat itu dan ini, dia belajar untuk mendapat sesuatu melalui paksaan.

 

3.Sekiranya kita sering munkir janji kepada anak kita, anak akan belajar untuk tidak mempercayai kata-kata kita.

4. Sekiranya kita selalu ‘send them off’ ke tempat lain semasa kita membuat kerja, mereka mendapat mesej bahawa mereka tidak penting dan tidak dihargai.

5. Sekiranya mereka diajak berbincang, meneroka minat, citarasa dan pandangan, mereka rasa diri mereka diperlukan dan sedia untuk membantu.

6. Sekiranya kita sering mamarahi anak, iaitu mempunyai rasa marah yang melebihi rasa sayang, anak-anak merasakan diri mereka terlalu kerdil dan tiada guna serta menjadi lesu dan tidak bertenaga.

 

7. Sekiranaya anak kita lihat kita sering mentelaah dan membaca Al-Quran, anak-anak akan terbawa-bawa mengikut tabiat kita. Berjinak-jinak dan gemar mendapat kabar cerita yang terkandung di dalamnya.

Fikir-fikirkanlah apa yang sering kita lakukan itulah menjadi pengajaran dari alam kehidupan anak kita.

Hairankah kita kalau anak kita tidak bertenaga dan lesu…..?

#Sayang Anak
#Naluri 
#Air dan kehidupan
#Matahari dan bintang
#Jiwa tenang

 

Oleh: Puan Noor Hayati Abdul Hamid,
Founder NALURI Early Excellence System, 
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd

# @News
CategoriesUncategorized